Text
Antologi puisi kanak-kanak rimbunan kasih
Buku Antologi Puisi Kanak-kanak Rimbunan Kasih berilustrasi, mengandungi 33 puisi, iaitu puisi moden sajak, dan puisi tradisional iaitu pantun dan syair.
Nukilan puisi diselitkan unsur menjaga keselamatan, nilai murni dan amalan baik untuk kanak-kanak. Bahasa yang mudah dan puitis digunakan. Puisi boleh dilagukan mengikut rentak yang sesuai.
Buku ini sangat sesuai dan mesra bacaan kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 13 tahun. Selain memantapkan kemahiran membaca, kanak-kanak dapat belajar tentang puisi moden dan tradisional.
Bakat kanak-kanak dapat dicungkil dan dikembangkan semasa beraktiviti secara kreatif menggunakan bahan puisi. Setiap puisi disediakan QR Code untuk imbasan penyampaian puisi.
Buku antologi puisi ini adalah di bawah penerbitan Jabatan Kecemerlangan Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Seremban Negeri Sembilan Malaysia berkolaboratif dengan pensyarah dan siswa guru dari Universitas Muhammadyah Sukabumi Indonesia dan pensyarah dan siswa guru daripada Universiti Yala Rajabhat Thailand.
Tidak tersedia versi lain