Text
Antologi puisi kanak-kanak aksara bermakna
Buku Antologi Puisi Kanak-kanak Aksara Bermakna berilustrasi, mengandungi 44 buah puisi. Puisi moden dan puisi tradisional iaitu pantun dan syair.
Nukilan puisi diselitkan unsur menjaga keselamatan, nilai murni dan amalan baik untuk kanak-kanak. Bahasa yang mudah dan puitis digunakan. Puisi boleh dilagukan mengikut rentak yang sesual
Buku ini sangat sesuai dan mesra bacaan kepada kanakkanak berusia 5 hingga 13 tahun. Selain memantapkan kemahiran membaca, kanak-kanak dapat belajar tentang puisi moden dan tradisional.
Bakat kanak-kanak dapat dicungkil dan dikembangkan semasa beraktiviti secara kreatif menggunakan bahan puisi. Setiap puisi disediakan Kod QR untuk imbasan penyampaian puisi.
Buku antologi puisi ini adalah di bawah penerbitan Jabatan Kecemerlangan Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan Malaysia berkolaboratif dengan pensyarah dan siswa guru dari Universitas Muhammadiyah Sukabumi Indonesia dan pensyarah dan siswa guru dari Universiti Yala Rajabhat Thailand.
Tidak tersedia versi lain