Text
Satu hari satu cerita bukanlah minda
Buku Satu Hari Satu Cerita Bukalah Minda berilustrasi, mengandungi 45 buah cerita kanak-kanak.
Cerita yang ditulis berdasarkan cerita teladan berkaitan manusia, halwan, tumbuh-tumbuhan dan objek. Bahasa yang mudah dan gramatis digunakan. Cerita bertemakan ungkapan murni. Unsur nilai amalan baik dan kemahiran berfikir diterapkan dalam jalan cerita.
Buku ini amat sesuai dan mesra bacaan untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 13 tahun. Selain memantapkan kemahiran membaca, kanakkanak dapat belajar tentang teknik bercerita dan mengamalkan nilainilai yang diterapkan melalui cerita. Setiap cerita disediakan Kod QR untuk imbasan penceritaan.
Buku cerita kanak-kanak ini adalah di bawah penerbitan Jabatan Kecemerlangan Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan, Malaysia berkolaboratif dengan pensyarah dan siswa guru dari Universitas Muhammadiyah Sukabumi Indonesia dan pensyarah dan siswa guru dari Universiti Yala Rajabhat Thailand.
Selamat membaca buku yang mengandungi unsur berfikir secara kreatif dalam kehidupan seharian.
Tidak tersedia versi lain